Sharifah Azfarinah Sharifah Azfarinah: 2013
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Selamat datang ke blog ifa.."

Friday

Happy Saturday !! Qoutes Angry and Happiness



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

Posisi Bergambar Yang Digemari Ramai


Hye !  hye ! Macam jarang je..macam tak selalu je..kan ifa update blog nie. Bukan nak kata apa. Tapi idea untuk nak update ke dalam blog nie kurang. Belum panas lagi kot.. Hehe. Sementara nie ifa suka blogwalking ke awesome2 belog.. Adalah salah satu blog korang yang jadi sasaran ifa. Hehe. Takpa lah. Buat sementara waktu nie ifa jadi penyumbang trafik blog korang k. Kalau korang baik sumbangkanlah juga trafik ke blog ifa. Deal?? ^^

Ok. Hari nie punya cerita pulak. Ifa nak cerita sedikit tentang posisi nak bergambar. Haaahhh.. Semua orang suka bergambar kan. Nampak je background cantik. Snap ! Snap ! Nampak je benda or view cantik..Snap ! snap ! Lagi satu..kalau tym boring pun kita amek gambar kan. Kalau dah bersiap..dah cantik2 tu..haaahh..sebelum jalan snap ! snap ! dulu..hehehe.. Jangan tipu sebab ifa pun selalu buat. Ifa suka tangkap gambar. Tak kira lah gambar apa pun. Gambar ifa sendiri pun ifa suka. Hahaha. *gedik sekejap*

Nak tangkap gambar tu tak jadi masalah. Tapi yang menjadi masalah di sini adalah kejap kejap nak padam. Kejap kejap nak padam. Apa kes nie?? Kadang2 inilah tak kena. Itu lah tak kena. Hidung terkembanglah. Mata tersepet sebelah lah. Mulut terngangalah. Nie kes tak ready lah nie. Lagi2 kalau orang yang tangkapkan gambar kita. Mesti banyak yang tak kena. hurmmm ~~

Banyak orang kata kalau nak gambar cantik ambil feel dulu. Hahhh..macam mana pulak tu. Ini mesti kes syok sendiri nie. Hahaha. Ifa pun kadang2 macam tu jugak. Nak tangkap gambar mesti tym mood baik..Baru gambar tu nampak elok je..nampak cantik je..kan..kann..Tapikan..korang perasan tak.Posisi yang macam mana selalu orang akan tangkap? hehe..mesti ada style tersendiri kan..nak dari atas lah..dari bawah lah..mimik muka pun macam2..duckface lah, muncung sana muncung sini, tengok sana tengok sini. Haiihhhh..kalau difikirkan macam nak tergelak je. Hehehe.

Dalam bebelan ifa nie, ifa nak tunjukkan beberapa posisi gambar yang ifa suka buat. hihi. Malu plak..*gedik*Ini kes boring lah nie. Hehe.. Kalau nak terjah silakan scroll ke bawah. Kalau tak nak. Stop sampai sini je. Hehe..

Posisi Bergambar Yang Digemari

Tangkap gambar dari atas. Bulatkan mata. Muncungkan mulut. 


Dari atas. Naikkan kening.
Memang agak menyampah kan bila ada orang ambil gambar style macam nie. Tapi terus terang ifa selalu buat. Kebanyakan orang kata "trep cute" "gedik" dan macam2 lagi..hehehe


Posisi dari tepi
Alaaaa..kalau tangkap gambar dari tepi macam nie.. memang selalu kan..Ada orang cakap ambil gambar macam nie wajah akan nampak lebih kurus. Tapi, gambar ifa tu tetap nampak chubby pun..hurmmmpp..*sedih*  hahahaha.

Pusingkan kamera.
Macam nie pun rasanya selalu nampakkan..Means tym tangkap gambar tu kena pusingkan. Ikut kesesuaian kiri ke kanan ke..Kalau rasa dah ok. Snap !!

Reflection of mirror
Cececeh..abaikan baju yang bersepah atas katil tu ey. Haha. Style macam nie memang tidak syak lagi. Memang banyak. Kalau nak dikira kat dp fb, twitter n laman sosial mmg kebanyakannya macam nie. Apa lagi kalau dalam toilet. Mulalah snap depan cermin. Hehe.Kan..kan..kan....

Posisi dari depan
Nie takde yang special..Memang besa je orang ambil gambar dari depan. Tapi zaman kini nie mmg susah nak dapat. Sebab org lebih suka tangkap gambar lain2 posisi. Kalau adapun tangkap dengan kawan2..tak pun gambar keluarga kan..

Depan kipas
Hahh!! nie pun ifa selalu buat. Haha. Memang mengaku dah. Banyak orang tangkap macam nie sebab nak gambar tu ala-ala model kan. Siap dengan tengok lain lagi. Dengan penangan angin sepoi2..Nampak rambut tu terbang2..hahaha..Syok sendiri..Ala-ala tengah bergayutlah. Alaaa..macam gambar gedik ifa kat atas nie..hehehe

Ok. Done !! Tu je lah yang ifa nak tunjukkan. Tapi itu tak semua posisi lah. Erm..sesapa yang baca entri ifa nie. Harap jangan menyampah ey. Mana tau gambar ifa tu tergedik ka. Terlebih kah. Ifa say soryyy. Tajuk kali nie mungkin tak berapa penting tapi idea nie je yang tercetus..Harap korang enjoy baca entri nie.. Ok.. bye !! see u next entryy.. Muahhh !!










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday

i city mariiii !! (Entry bergambar)
















Hehe.. Gambar saya takde..Famili saja..hehehe


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM


kli untuk join


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday

Segmen Blogwalking & Follow by YAYA



"Segmen Blogwalking & Follow by YAYA"
Syarat-syarat segmen mudah maybe hehehe..
  • Follow blog YAYA bagi yang masih tak follow
  • Follow twitter YAYA, dijamin followback *tak ada tak apa* 
  • Tajuk post : Segmen Blogwalking & Follow by YAYA
segmen sehingga bulan JANUARI 2014

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

Tips Penjagaan Kulit Wajah (Korea / Jepun)

Hai to all my readers. Malam nie ifa tertarik dengan satu tips yang berkenaan dengan kecantikan. Ya,,ya,,ya,,semua orang tahu kan bahawa semua mahluk Tuhan cantik dan comel comel belaka. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak reti nak bersyukur kan. Nak tambah inilah nak kurangkan itulah. Yang gemuk nak jadi kurus dan yang kurus pulak nak jadi gemuk. Yang chubbyy?? maintain..macam ifakan..hahahahahaha. 

So, malam nie ifa nak kongsi sedikit information tentang penjagaan kulit muka dan wajah wajah korean and gadis-gadis jepun. Banyak wanita yang teringin sangat nak memiliki wajah seperti mereka kan. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun. Ada juga sampai sanggup buang duit buat pembedahan plastik semata nak terlihat cantik seperti korean girl...ermmm..dunia sekarang..So,lupakan dulu pasai benda nie. Jum kita cari tahu cara penjagaan kulit wajah untuk orang jepun dan korea. 

Semua orang tahu bahawa orang korea terkenal dengan pembedahan plastik dan manakala orang jepun pula terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Kann?? kebanyakkan produk kecantikan di zaman kini "made in japan". Berkesan atau tidak itu ifa tak tahu. Sebab ifa tak guna pape. Just bio oil je. Lagipun banyak pendapat mengatakan sesetengah produk yang dihasilkan oleh jepun sangat berkesan tetapi kena belanjakan wang yang banyak. Tapiiii..berdasarkan sumber yang ifa baca tanggapan kita terhadap surgery dan benda2 yang melibatkan teknologi nie untuk penjagaan muka adalah salah..Kalau nak tahu sebenarnya scroll ke bawah ok.,

cara orang korea dan jepun menjaga kulit
Sumber : Google
CARA PENJAGAAN KULIT MUKA (KOREAN / JEPUN )
  • Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
  • Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
  • Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
cara orang korea dan jepun menjaga kulit 2
Sumber : google
 
  • Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
  • Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
  • Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
  • Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Hah !! dah tahu kan..apa lagi..bolehlah korang cubakan. Kalau berkesan gtau ifa tau. Ifa pun nak cuba..hehe..Bye..selamat malam..dan selamat membaca..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday

The New Page For My "Personal Blog"


Ifa say hi to all my readers. How are you today?? So, sebenarnya ifa keja hari nie tapi memandangkan kesihatan tak membenarkan. So, ifa pun balik. Tapi sekarang dah ok dah. Maklumlah bila dah sampai rumah mesti sihat walafiat tapi bila kat tempat kerja mulalah tunjuk perangai kan. Haha.

Memandangkan hari nie ifa bosan sangat. So, tangan ifa nie pun memandai nak create one page untuk blog ifa nie. Create page tu bukan nak kejar "hot" tapi saje2. Ifa suka berkawan dan bagi ifa mungkin dengan bersosial ifa akan dapat ramai kawan even kawan yang sedia ada pun tak dapat dibendung lagi. Tapi kekadang ada oang cakap kalau buat semua nie sebab nak top dan nampak murah . Yeke?? tapi sorry lah ifa tak fikir macam tu. 

Kalau pun firasat orang cakap macam tu betul. So, macam mana pulak tentang PM, artis, ahli-ahli politik dan lain-lain lagi public figure yang menggunakan laman sosial seperti facebook, twitter, blogger dan lain-lain untuk berhubung dengan orang ramai?? adakah mereka-mereka ini juga dianggap sebagai murah?? mestilah tidakkan... Dah nampak laman sosial..means tempat orang nak bersosial lorr... tapi nasihat ifa jangan pulak salah gunakannya. Ifa pun sekarang nie sedang dalam mood bersosial. Kalau takde mood sekejap lagi ifa delete lah account ifa tu. Haha.

Ok. Berbalik kepada entri yang sebenar. Kepada semua readers ifa tolong jangan copy dan curi content dalam blog ifa nie ok. Terutama gambar-gambar tertentu. Kalau ifa dapat tahu siap korang. Hahhh..adalah ifa buat kat korang. Jangan salahkan ifa kalau polis datang rumah korang nanti. Haha. Amboiiiii..garangnya ifa nie..kan..kan..

Ok. Pada sesapa yang belum like page ifa jum like sekarang !! Hadiah menanti anda. Eh ! gurau je..takde makne nak hadiah bagai tu k. Bubbye... 

Klik sini to like





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday

'Segmen banjirkan folower by memey'


Follower : Takde follower ag (newbie)
Tag ?? : Sowilah..ifa tak tau nak tag sape..takde follower ag..sowi ye tuan empunya segmen..PEACE !!






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

Kebaikan Bio Oil

Di malam hari yang agak kebosanan ini , ifa nak share something.. Jeng ! jeng ! jeng ! ini berkaitan tentang kecantikan. Dan ..dan..dan..sesuai sangat bagi korang yang memiliki kulit yang hyper sensitif.. Macam ifa. Kulit ifa hyper sensitif jugak. Dimulakan cerita ifa hari tu ade guna satu produk tapi niat ifa hanya nak test saje. Tapi,tetiba dalam masa dua hari saje muka ifa rosak teruk. Jerawat tetiba banyak dan rase gatal. So, tangan ifa mulalah nak menggatal jugak nak garu kan. Produk yng tuuuu di rahsiakan. Yelaaa tak baik burukkan produk lain kan. Dan..ifa guna tu pun sebab nak cuba saje bukan sebab sesapa ok. Hehe
So, back to entri.. cerita bermula sewaktu ifa pergi terapi kat klinik. Doktor tu pun offer ifa tentang bio oil nie. Doktor pun cakap kalau guna bio oil nie tak ape..Kulit sensitif pun boleh guna. So, keesokan harinya ifa pun pergi beli di guardian berharga RM38.00 je untuk satu botol kecik.
Contoh Bio Oil (curik kat google)
Napa ifa excited sangat nak share pasal benda nie. Hehe. Sebab dalam masa dua minggu je pun jerawat ifa yang menjadi nampak berkurangan. Bukan nak promosi suke2 tau..tapi nampak hasilnya. Kulit ifa yang sensitif nie pun boleh baik apa lagi korang yang cantik dan mulus tu kan. Mesti bertambah-tambah mulus. Kan..kan..kan..

Ifa guna selepas mandi sebelum tido dan kalau ifa tak keja ifa guna selepas mandi pagi. Tak kiralah..tapi ifa memang guna benda nie selepas mandi. So benda nie kene guna berkali-kali baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setiap minggu memang takde kesan. Sebab doktor tu pernah cakap kat ifa yang bio oil nie bagus tetapi kesannya agak lambat. Kalau nak baik dan tidak bahaya untuk kulit kena sabarlah tunggu. Tapi hasilnya memuaskan jugak untuk masa sekarang nie. 

Tapi buat sementara waktu nie ifa kena sabar lah tunggu kesannya untuk hilangkan jeragat nie. Means kesan jerawat tu. Sebab kulit ifa nie kalau dah berjerawat biarpun tak picit memang ada kesan hitam. Even kena gigit nyamuk pun macam tu. *lap airmata*

So.dah2..kat bawah nie ifa ada sisipkan sedikit info tentang bio oil nie. Kalau nak beli pun kat mana2 farmasi  dan kedai2 kecantikan pun ada jual jugak.. Ifa sarankan kalau nak cube kena beli yang botol kecik dulu tau..

Kiri (Sebelum) Kanan (Selepas)


 Produk Bio Oil pakar penjagaan kulit untuk:
  1. Parut
  2. Bekas kulit teregang
  3. Ketidakseragaman warna kulit
  4. Penuaan kulit
  5. Kulit kering
Keistimewaan produk bio oil;
  1. Hasil yang terbukti secara klinikal
  2. Vitamin A dan E
  3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil
  4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
  5. Sesuai untuk kulit yang sensitive
  6. Tiada pengawet
  7. Halal

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday

Cuti Seminggu !!


Yeahhhh !! Sesungguhnya diri.ini amat bahagia. Seminggu ifa cuti. bestnye..bestnya..setelah penat bekerja di pvd tu. Dapatlah ifa merehatkan diri kan..hihi..Gembira sangat diri ini nampaknya..hihi..

Lepas nie dapatlah ifa lelapkan mata lama ckit kan. Rehat kat rumah. Tulang belakang nie pun perlukan rehat jugak. Maklumlah..expired dah..hehe

Erm...sempena nak cuti seminggu nie ifa bercadang nak g sungai wang cari bobo baru. Tau tak bobo tu ape?? Hah...bobo tu hamster..memandangkan bobo ifa yg lama tu takde kabar berita. Bia jelah ifa beli yang baru. Tapi..tu pun kalau jadilah..sebab malas r nak jalan..Tulang belakang nie sakit sangat dah..mungkin sebab takde rehat kott beberapa hari nie..

Erm..apa2 pun yang penting ifa cuti. Ifa nak duk rumah and tido sepuas2nya..hehehe


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

Going Back To KL !! Bye Tawau !!

Hye !! hye my sweet blog. Takde masa nak update apa2 kat dalam nie. I'm so tired !! Nie pun ifa baru bangun..hehe. Tapi before ifa nak membebel kat blog nie ifa nak memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana ifa dah selamat sampai di Kuala Lumpur. Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...

Now !! ifa nak story sepanjang perjalanan ifa ke Kuala Lumpur. Jum terjah bawah !!

Sebelum (still kat rumah)
Sebelum jalan macam biasa semua org pack barang kan. Nak tahu beg ifa bawa satu je. Ifa sumbat semua kat dalam tu. Sepatutnya ifa takde bawa barang sebab banyak baju dan barang2 keperluan kat rumah akak. Tapi, memandangkan ifa balik sorang2..kene bawa baju lebih jugak sebab buat sementara nie ifa tinggal kat rumah akak sulung ifa. Jeng ! jeng !

Ifa keluar rumah kira pukul 1 lebih petang sebab flight kul 3 lbih. Kene keluar awal sebab perjalanan ke airpot dari rumah ifa jauh sangat2. Lagipun, kita tak tahu kan halangan sewaktu perjalanan. Kita tak tahu kan halangan sewaktu perjalanan nanti. Allah lebih tahu. Pas tu singgah kejap beli makanan ringan tuk makan dalam aircraft nanti. Amboii.. !! haha. Ifa kan kuat makan kena beli makanan. Dah lengkap semua bekalan baru sambung perjalanan semula. Finally, ifa dan pengiring ifa sampai ke airport kira2 kul2 lebih. Alhamdulillah.. Check in dan kul 3 kene masuk dah. Ermmm..

owh !! umi, kak maya, kak jane n kak mai yg hantar ifa. Abah tak boleh join sebab abah keje. Takde sapa boleh gantikan tempat abah. Susah nak minta excuse dan cuti. Takpelah..yg penting ifa dah salam dan peluk abah ketat2 kat rumah sebelum jalan. Nak tahu tak rumah ifa banjir tau dek linangan airmata anak buah dan abah. Maklumlah anak cute nie kan nak merantau dah..sorang2 plak tu..hihi.

Ok ! sementara menunggu waktu nak masuk ifa maij game dan story ngan umi. Umi dan abah tak putus2 ingatkan ifa. Pesan kat ifa soh jaga diri. Dan umi kata rasa berat hati nak lepaskan ifa. Ermm..ifa pun macam tu..rasa berat hati nak tinggalkan famili kat sana..Ermmm.. *lap airmata*

Dipendekkan cerita, kul 3 lbih ifa dah masuk kat dalam. Setelah.bertangisan kat luar sana sebelum nie. Ifa kuatkan hati melangkah pergi. Cececeh...ayat tu..haha. Ifa cuba tuk independent kat tempat orang. Sampai bila nak susah dan harapkan familikan. Dahlah sebelum nie ifa banyak susahkan dorang..ermm..

Dan yg menyakitkan hati bila ifa kene menunggu lama kat dalam tu sampai kul 4 ptg lbih. Sepatutnya flight ifa kul 3.40..erm..sabo je lah..
Dipendekkan cerita, dalam flight ifa duk tepi mat salleh. Perama giler. dah lah ifa mabuk dan sakit kepala tym tu. Mat Salleh tu bawa ifa cerita lagi. Owh ya ! mat salleh tu from Itali. Dan dengan baik hatinya dia nak pinjamkan ipad dia kat ifa. Dia soh ifa menonton filem sama dia. Ughh ! ntah filem apa ntah. Dan dengan sopannya ifa jawab. " it's okay sir..i need rest now..I'm so sleepy and feel not very well actually " kene jawab sopan..budi bahasa budaya kita. Haha. Ifa rasa nak muntah dah kat dalam tu. Then, mat salleh tu jawab " owh..really?i'm sorry..take your rest dear " Ifa just senyum je. Hope dia faham ifa dah tak larat tym tu..

Dia bagi ifa minyak dan sapu kat kepala. Ifa pun trtido. Sebelum tido ifa still teringat pesanan abah, "jaga diri baik2 kat tempat orang. Mesti kuatkan hati,jangan manja sangat.Sekali sekala takpa.Hehe.Ingat !! jangan lupa solat. Itu penting. Biar orang nak cakap buruk kat ifa tapi abah tahu ifa camna. Ifa anak abah. Ok sayang !! " erm...miss my family so much..

Then, kul 6 lebih ifa selamat tiba kat LCCT.. Muka pucat sangat. Rasa nak pengsan. Kepala sakit dan berat sangat2.. Akak sulung pun tegur "eh ! skitka pucatnya muka.." Bf akak pun terus pegang kepala. "napa nie" tak sangka care sangat2 dorang kat ifa..

Thennn... (cerita selanjutnya next entri ok)

NOTE : KADANG KADANG KITA PERLU KUAT DAN BERDIKARI UNTUK MENGHARUNGI CABARAN HIDUO SENDIRIAN.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday

Esok Hari Raya !!

Hye ! hye ! my sweetie blog.. Tahun nie ifa raya kat rumah akak di Kg Brumas. Dan sekarang nie pun ifa sedang berada di tempat tersebut. Haha. Skemanya ayat tuuu. Walaupun 2 hari je lagi ifa dengan famili tapi ifa takkan sia-siakan masa yang terluang. Hehe. Bila diingatkan sedih juga bila sorang2 nanti. First time tuuu.. Akak tak balik lagi sebab urusan akak belum selesai. Apa2 pun ifa akan doakan semoga semua masalah dan urusan yang melibatkan famili ifa berjalan lancar. Aminn.. May Allah bless my family..

Ok dah ! tak nak sedih2.. Memandangkan line kat tempat akak nie agak malu-malu kucing. Ifa terpaksa update by fon je. Asalkan terupdate kan. Daripada senyap je.. Dipendekkan cerita dah dua hari ifa kat cnie. Banyak aktiviti yg ifa lakukan. Semestinya dengan famili. Main badminton, mandi sungai, swimming.. Even cuaca tak baik pun reda je. Bukan apa..ifa cuma nak isi masa terakhir bersama famili nie. Cececeh.. macam nak pergi selama2nya pulak.. Nauzubillah..

Berbalik kepada isi entri aktiviti kat tempat akak. Ifa ada take gambar tapi susah nak masukkan. Line nie tak berapa memahami. Lagipun update by fon kan. Susah ckit.. Erm..mungkin ifa akan update untuk next entry plak ye. Dan lagi satu makanan akak masak tiap hari memang banyak sangat. Memang gemuk lah nampaknya..haha. Akak sendiri yang cakap dia nampak ifa kurus dan suruh ifa makan banyak2 supaya nampak chubby ckit.. Wahhh.. !! Nak kurus !! nak kurus !! Takpelah.. kat cnie mungkin ifa melantakk nanti kat sana takde sapa lagi yang nak masakkan. Kena masak sendiri. *lap airmata* hehe.

Next ! next ! next ! Semakin dekat ifa nak balik nie semakin ifa ingat peristiwa hitam tu. Tapi umi selalu cakap semua tu takdir dan kita perlu kuat menghadapnya. "Ifa kan kuat " Chaiyok2 !! But, hope so ifa dan keluarga serta umat islam dibawah perlindungannya..

Ok. Lastly, ifa nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga hari hari kita semua lebih bermakna sebelum nie. Boleh ke ? boleh ba kalau kau..haha. Ok papaiii my online diary !!

NOTE : SAAT BERDERAI JATUH TITISAN AIRMATA SUCI IBRAHIM,MELIHATKAN KETEGUHAN IMAN ANAKNYA ISMAIL, DIKALA ITULAH BERMULANYA SEJARAH AGUNG ERTI SEBUAH PENGORBANAN..SALAM AIDILADHA..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday

'' SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER''.

Klik untuk join




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday

"Abah" Imam Terbaekkk Ku !!

Hai. Walaupun peristiwa ini sudah 3 hari berlalu. Tapi ifa tetap nak update kan ke blog ini. Sebagai tanda peringatan ifa terhadap peristiwa yang sangat..menyentuh hati ifa. Tak tahu lah bagi orang lain. Tapi bagi ifa dia sangat bermakna dan membawa seribu erti kehidupan dalam hidup ifa seharian. Erm.. ifa tahu..ifa bukan orang yang baik dan berpendidikan agama yang kuat. Tidak banyak yang ifa tahu pasal agama. Mungkin, sudah banyak dugaan dan cabaran yang ifa hadapi sejak kebelakangan ini. Ifa hadapi dengan hati yang tabah dan kuat sebab ifa tahu.. Disisi ifa sentiasa adanya Tuhan yang memberi semangat dan kekuatan untuk menempuh hidup ini. Nak tahu kisah selanjutnya?? Jum terjah dialog di bawah.. 

Pada suatu pagi....Ifa nampak abah siap2 nak keluar jalan. Memang dah agak..

Ifa : Abah nak g mn?
Abah : Nak beli buku jap..Np?
Ifa : Takda apa lah..Bye abh..
Abah : Nak pesan apa2 ka?
Ifa : Erm..ble gak..Novel stu..hehe
Abah : Novel apa? Tajuk?
Ifa : Novel remaja..Apa2 jak yg penting novel.
Abah : Erm...d mn mo dibeli tu?
Ifa : Di Qou Ming ada..
Abah : Erm..yala..Mahal ka tu?
Ifa : Xgak..ada mahal ada murah..based on ketebalan novel tu..Lau abh xda duit takpa lah..Xpyhlah beli..hehe
Abah : Biasa beli harganya brapa?
Ifa : Biasa ifa beli rm30 ke bawah lah..xtentu gak..xpa la bah..xpyh la beli..byk gak uda nvel nie..
Abah : Tengoklah camna..

Abah pun jalan...beberapa jam kemudian abah pun balik..Ifa pun tak tahu malu melompat2 tagih novel kat abah..Sebab ifa nampak abah pegang satu buku nie.

Ifa : Tu..(ifa tunjuk bungkusan di tangan abah) Mintakk?? *tersengih2*
Abah : Nahh..hadiah dari abah..
Ifa : Aik !! blum besday dah dapat hadiah ka?? bestnya..
Abah : Hadiah dapat tak semestinya bila besday jak..
Ifa : Erm..ok bah..Tapi novel mn??
Abah : Itu jak abh mmpu beli..bukalah..semoga ifa suka ya..
Ifa : Alaaaa...ok..cam besar jak nie..buku masakan ya?
Abah : Hehe..bukalah..smoga bermanfaat..
Ifa : Ok deh !..Tq abh..


                           
Ifa pun nak bilik dan dengan rakusnya buka bungkusan itu. Dannnn....akhirnya airmata nie jatuh dengan sendirinya apabila ifa dapat tahu buku apa ka itu..Tahu tak kenapa? Terjah perenggan seterusnya..

Hadiah dari abah..Buku panduan solat..^^
Taraaaaa !!! Ifa dapat nie..Nie yg kat sebelah nie.. Hah !! Nie buku panduan solat..kandungan kat dalam buku nie memang semuanya menerangkan tentang solat. Solat fardhu dan sunat.. Dannn..abah seakan memahami yang ifa nie sangat perlukan buku tersebut. Kenapa ??Dada ifa belum penuh dengan isi agama. Pasal solat pun ifa kurang dalami hanya hal2 tertentu sahaja yang ifa tahu. Maafkan ifa..ifa cuma insan biasa yang berjuang untuk mencari keredhaanNya.Sebelum tu, bukan ifa tak nak full time guna tudung. Tapi ifa takut akhlak ifa tidak secantik tudung ifa. Ifa bukan malaikat yang sentiasa melakukan kebaikan.Tapi ifa akan berusaha untuk memperbaiki diri ifa sama ada lambat mahupun cepat.Pray for me guyss !! Nak tahu tak?? Abah tak pernah melarang atau memarahi serta menegur ifa dalam hal yang lainnya.. Tapi dalam kewajipan yang satu ini (solat) abah memang sangat titik beratkan. Abah selalu cakap, hidup berlandaskan islam amat diberkati Allah..Walaupun abah tahu ifa nie satu2nya anak abh yang agak "bebal" (wanted) sikit..Tapi abah tak pernah marah ifa setiap perkara yang ifa lakukan..Ermmm..abah seorang abh yang baik..
Simple person !!

Peneguran abah secara halus dan amat menyentuh perasaan ifa. Ifa bukan malaikat yang sentiasa melakukan perkara baik dan tidak melakukan perkara jahat. Ifa hanya insan biasa yang sentiasa melakukan dosa sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Oleh itu, ifa bersyukur sangat2 dapat memiliki buku ini. Pemberian abah yang satu ini sangat bermakna kerana abah sanggup gandakan duit abah untuk membeli buku yang berfaedah untuk ifa baca berbanding novel remaja yang takda manfaatnya.. Terima kasih abah..Luv u sangat2..Ifa nak semua orang yang baca entri ifa ini tahu ifa sayang sangat kat abah dan abah IMAM terbaekkk buat ifa..That's all !! Bye...Enjoy your life!! Chaiyok2!!
NOTE : Tegur dan bimbinglah seseorang itu secara halus dan lembut agar setiap teguran yang diberi menyentuh hatinya dan sangat berguna untuk kehidupannya.. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

HAPPY BIRTHDAY MY "Super Hero" !! ^^



Selamat malam semua. Rasanya ini post keduakan dalam blog nie. Buat masa ini ifa malas nak update apa2 dulu dalam blog nie. Sebab "html" blog ifa nie tak betul. Sebab tu ifa kena ambil masa sikit untuk betulkan blog ifa. Al - maklumlah blog baru kan. Ifa still newbie lagi. Tapi ifa selalu update entri untuk penuhkan "blog archive" ifa. So, buat masa ini ifa tak publickan readers tuk blog nie. Kalau dah stabil semua baru ifa publickan. Ok. Sekian. Topik malam nie bukan pasal blog ifa sebenarnya. Tapi... *next perenggan* 

Collage picture for besday icam..
Dipendekkan cerita 11 Oktober 2007 merupakan tarikh keramat untuk one of my super hero. Nak tengok orangnya?? kejap..masih awal. Kan tarikh hari nie 11 oct, so, bermakna hari nie tarikh lahir "beliau". Pada mulanya kami buat tak tahu je besday icam (super hero yang dimaksudkan). Dari pagi sampai ke petang kami buat2 tak tahu je dengan dia. Tapi muka icam dah masam. Saja dia buat muka. Dalam rumah nie semua masing2 jeling menjeling menggunakan bahasa isyarat nak buat suprise wat icam. Last2, ifa jugak yang kena keluar pegi beli cake c super hero nie. Hurmmmm... macik yang bongsu jugak yang kena.. hehe

SO, dipendekkan entri plak, tadi petang kami sengaja matikan lampu sebab nak wat suprise kat icam nie. Umi dia siap masakkan makanan sempena menyambut besday icamm..Tapi kami sekeluarga je yg sambut, takda makna nak jemput orang bagai. Lepas tu, dah rumah nie gelap gelita tetiba2 si macik pun (ifa) hidup kan lilin dan bawa cake sambil nyanyi lagu besday. Bunyinya macam nie.. 

"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to icam.."
"Happy birthday to you.."

Next song..

"Panjang umurnya..panjang umurnya.."
"Panjang umurnya serta mulia.."
"Serta mulia.."
"Serta mulia.."

Then, icam pun tiup lilin dan kunun2 nya pasang niat seperti filem2 kat dalam tv tu. Kununnya sebelum tiup lilin mesti pasang niat dalam hati. Lepas je pasang niat icam pun tiup lilin. Dan semua orang kat dalam rumah dapat pelukan "free" dari icam. Bukan senang nak dapat tau. Ada certain2 waktu je icam nak peluk orang. Hehe.

Collage of crazy face wif icam.. (Abaikan muka buruk tu ok)
So??tu jelah kisah icam untuk entri kali nie. Kalau ada ifa update lagi. Di sini ifa nak ucapkan "Happy birthday to icam. My super hero. Encem super hero. Macho, cute. comel n macam2 lagilah. Semoga success selalu. Di murahkan rezeki, Belajar rajin rajin. Keep your smile for me and your family. Tabah hadapi dugaan dan moga kehidupan dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.." Owh lupa, Tahun nie icam dah berumur 7 tahun. Hehe. Kejap lagi nak naik pentas sebab icam dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. Raptai tuk konvo dia akan datang nie ifa sempat pegi. Tapi real konvo ifa tak pegi sebab rabu depan nie ifa nak berangkat ke Kuala Lumpur untuk ?? melanjutkan pekerjaan di sana. Hehe




NOTE : Rabu depan bersamaan dengan 16 oktober 2013 ifa dah berangkat ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan ifa ke sana ok. May Allah bless me always.. Aminn..

Done !! Booking details ^.^





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday

Permulaan Berblogging..Kenapa perlu blogging??


Dulu ifah pernah jadi blogger. Tapi disebabkan oleh seseorang tu ifah STOP. Why?? Hehe.Hanya Tuhan saja yang tau. So, hobi ifah nak jadi blogger kembali semula. Memandangkan keadaan ifah yang terpaksa duduk kat rumah je ifah terfikir nak mula berblogging. Alahhh..untuk hilangkan rasa bosan. Kalau nak layan facebook ngan twitter je kadang2 bosan jugak kan. Erm... So, blog ifah nie bukan bertujuan nak popular atau hot. Sekadar mengisi masa lapang. Kalau yang ada sudi berkunjung tu diucapkan berbanyak2 terima kasih. Ifah sayang anda semua. Hehe.

Ok. Next cerita kandungan blog ifah nie semuanya tentang kehidupan ifah seharian yang ifa nak kongsi bersama si pembaca. Ifa tau. Jangan risau. Korang tak follow pun takpe. Boleh je baca aktiviti ifa hari2 kan. Hehe. Mungkin kalau ada info, berita atau benda lain yang ifa nak kongsi?? ifa akan update kat blog nie. Senang cerita blog nie blog bebas lah. Macam2 je ifa nak post. So, kalau2 lah korang terbaca entri ifa yang terjiwang ke, teremosi ke..Jangan marah ok. Hehe. Hah ! One thing, ayat ifa kat blog nie memang tak tentu hala. Kekadang sopan, kekadang serabai.. ikut mud ifa ok. Erm.. apa lagi ye??

Hah !!Sowi lah blog ifa nie under "maintenance" lagi. So, kalau mata anda tidak sedap memandangnya sila tutup mata ketika membaca. Eh ! boleh kah?? alahhh..tutup mata janganlah tutup semua. Jarakkan jari anda. Kalau tak macam mana nak bacakan. Bijak ! Bijak ! InsyaAllah, ifa akan usaha kan cantik dan kemaskan blog ini seperti blog ifa yang dulu. Hihi. Link blog dulu ifahshhily.blogspot.com. Tapi itu dah delete dah. Tak payah nak kelik bagai. Dah tak wujud blog tu. Huhu..

So, ini sajalah dulu untuk entri pertama ifa pada malam yang hening ini. Wei korang ! ifa update entri nie tengah malam tau. Mata dah nak tutup. Penat ifa taipkan. Korang tolonglah baca. Hehe. Gudnite olzz !! Assalamualaikum...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sharifah Azfarinah