Sharifah Azfarinah Sharifah Azfarinah: October 2013
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Selamat datang ke blog ifa.."

Wednesday

Kebaikan Bio Oil

Di malam hari yang agak kebosanan ini , ifa nak share something.. Jeng ! jeng ! jeng ! ini berkaitan tentang kecantikan. Dan ..dan..dan..sesuai sangat bagi korang yang memiliki kulit yang hyper sensitif.. Macam ifa. Kulit ifa hyper sensitif jugak. Dimulakan cerita ifa hari tu ade guna satu produk tapi niat ifa hanya nak test saje. Tapi,tetiba dalam masa dua hari saje muka ifa rosak teruk. Jerawat tetiba banyak dan rase gatal. So, tangan ifa mulalah nak menggatal jugak nak garu kan. Produk yng tuuuu di rahsiakan. Yelaaa tak baik burukkan produk lain kan. Dan..ifa guna tu pun sebab nak cuba saje bukan sebab sesapa ok. Hehe
So, back to entri.. cerita bermula sewaktu ifa pergi terapi kat klinik. Doktor tu pun offer ifa tentang bio oil nie. Doktor pun cakap kalau guna bio oil nie tak ape..Kulit sensitif pun boleh guna. So, keesokan harinya ifa pun pergi beli di guardian berharga RM38.00 je untuk satu botol kecik.
Contoh Bio Oil (curik kat google)
Napa ifa excited sangat nak share pasal benda nie. Hehe. Sebab dalam masa dua minggu je pun jerawat ifa yang menjadi nampak berkurangan. Bukan nak promosi suke2 tau..tapi nampak hasilnya. Kulit ifa yang sensitif nie pun boleh baik apa lagi korang yang cantik dan mulus tu kan. Mesti bertambah-tambah mulus. Kan..kan..kan..

Ifa guna selepas mandi sebelum tido dan kalau ifa tak keja ifa guna selepas mandi pagi. Tak kiralah..tapi ifa memang guna benda nie selepas mandi. So benda nie kene guna berkali-kali baru nampak kesannya. Kalau setakat sekali setiap minggu memang takde kesan. Sebab doktor tu pernah cakap kat ifa yang bio oil nie bagus tetapi kesannya agak lambat. Kalau nak baik dan tidak bahaya untuk kulit kena sabarlah tunggu. Tapi hasilnya memuaskan jugak untuk masa sekarang nie. 

Tapi buat sementara waktu nie ifa kena sabar lah tunggu kesannya untuk hilangkan jeragat nie. Means kesan jerawat tu. Sebab kulit ifa nie kalau dah berjerawat biarpun tak picit memang ada kesan hitam. Even kena gigit nyamuk pun macam tu. *lap airmata*

So.dah2..kat bawah nie ifa ada sisipkan sedikit info tentang bio oil nie. Kalau nak beli pun kat mana2 farmasi  dan kedai2 kecantikan pun ada jual jugak.. Ifa sarankan kalau nak cube kena beli yang botol kecik dulu tau..

Kiri (Sebelum) Kanan (Selepas)


 Produk Bio Oil pakar penjagaan kulit untuk:
  1. Parut
  2. Bekas kulit teregang
  3. Ketidakseragaman warna kulit
  4. Penuaan kulit
  5. Kulit kering
Keistimewaan produk bio oil;
  1. Hasil yang terbukti secara klinikal
  2. Vitamin A dan E
  3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil
  4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat
  5. Sesuai untuk kulit yang sensitive
  6. Tiada pengawet
  7. Halal

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday

Cuti Seminggu !!


Yeahhhh !! Sesungguhnya diri.ini amat bahagia. Seminggu ifa cuti. bestnye..bestnya..setelah penat bekerja di pvd tu. Dapatlah ifa merehatkan diri kan..hihi..Gembira sangat diri ini nampaknya..hihi..

Lepas nie dapatlah ifa lelapkan mata lama ckit kan. Rehat kat rumah. Tulang belakang nie pun perlukan rehat jugak. Maklumlah..expired dah..hehe

Erm...sempena nak cuti seminggu nie ifa bercadang nak g sungai wang cari bobo baru. Tau tak bobo tu ape?? Hah...bobo tu hamster..memandangkan bobo ifa yg lama tu takde kabar berita. Bia jelah ifa beli yang baru. Tapi..tu pun kalau jadilah..sebab malas r nak jalan..Tulang belakang nie sakit sangat dah..mungkin sebab takde rehat kott beberapa hari nie..

Erm..apa2 pun yang penting ifa cuti. Ifa nak duk rumah and tido sepuas2nya..hehehe


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday

Going Back To KL !! Bye Tawau !!

Hye !! hye my sweet blog. Takde masa nak update apa2 kat dalam nie. I'm so tired !! Nie pun ifa baru bangun..hehe. Tapi before ifa nak membebel kat blog nie ifa nak memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana ifa dah selamat sampai di Kuala Lumpur. Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...

Now !! ifa nak story sepanjang perjalanan ifa ke Kuala Lumpur. Jum terjah bawah !!

Sebelum (still kat rumah)
Sebelum jalan macam biasa semua org pack barang kan. Nak tahu beg ifa bawa satu je. Ifa sumbat semua kat dalam tu. Sepatutnya ifa takde bawa barang sebab banyak baju dan barang2 keperluan kat rumah akak. Tapi, memandangkan ifa balik sorang2..kene bawa baju lebih jugak sebab buat sementara nie ifa tinggal kat rumah akak sulung ifa. Jeng ! jeng !

Ifa keluar rumah kira pukul 1 lebih petang sebab flight kul 3 lbih. Kene keluar awal sebab perjalanan ke airpot dari rumah ifa jauh sangat2. Lagipun, kita tak tahu kan halangan sewaktu perjalanan. Kita tak tahu kan halangan sewaktu perjalanan nanti. Allah lebih tahu. Pas tu singgah kejap beli makanan ringan tuk makan dalam aircraft nanti. Amboii.. !! haha. Ifa kan kuat makan kena beli makanan. Dah lengkap semua bekalan baru sambung perjalanan semula. Finally, ifa dan pengiring ifa sampai ke airport kira2 kul2 lebih. Alhamdulillah.. Check in dan kul 3 kene masuk dah. Ermmm..

owh !! umi, kak maya, kak jane n kak mai yg hantar ifa. Abah tak boleh join sebab abah keje. Takde sapa boleh gantikan tempat abah. Susah nak minta excuse dan cuti. Takpelah..yg penting ifa dah salam dan peluk abah ketat2 kat rumah sebelum jalan. Nak tahu tak rumah ifa banjir tau dek linangan airmata anak buah dan abah. Maklumlah anak cute nie kan nak merantau dah..sorang2 plak tu..hihi.

Ok ! sementara menunggu waktu nak masuk ifa maij game dan story ngan umi. Umi dan abah tak putus2 ingatkan ifa. Pesan kat ifa soh jaga diri. Dan umi kata rasa berat hati nak lepaskan ifa. Ermm..ifa pun macam tu..rasa berat hati nak tinggalkan famili kat sana..Ermmm.. *lap airmata*

Dipendekkan cerita, kul 3 lbih ifa dah masuk kat dalam. Setelah.bertangisan kat luar sana sebelum nie. Ifa kuatkan hati melangkah pergi. Cececeh...ayat tu..haha. Ifa cuba tuk independent kat tempat orang. Sampai bila nak susah dan harapkan familikan. Dahlah sebelum nie ifa banyak susahkan dorang..ermm..

Dan yg menyakitkan hati bila ifa kene menunggu lama kat dalam tu sampai kul 4 ptg lbih. Sepatutnya flight ifa kul 3.40..erm..sabo je lah..
Dipendekkan cerita, dalam flight ifa duk tepi mat salleh. Perama giler. dah lah ifa mabuk dan sakit kepala tym tu. Mat Salleh tu bawa ifa cerita lagi. Owh ya ! mat salleh tu from Itali. Dan dengan baik hatinya dia nak pinjamkan ipad dia kat ifa. Dia soh ifa menonton filem sama dia. Ughh ! ntah filem apa ntah. Dan dengan sopannya ifa jawab. " it's okay sir..i need rest now..I'm so sleepy and feel not very well actually " kene jawab sopan..budi bahasa budaya kita. Haha. Ifa rasa nak muntah dah kat dalam tu. Then, mat salleh tu jawab " owh..really?i'm sorry..take your rest dear " Ifa just senyum je. Hope dia faham ifa dah tak larat tym tu..

Dia bagi ifa minyak dan sapu kat kepala. Ifa pun trtido. Sebelum tido ifa still teringat pesanan abah, "jaga diri baik2 kat tempat orang. Mesti kuatkan hati,jangan manja sangat.Sekali sekala takpa.Hehe.Ingat !! jangan lupa solat. Itu penting. Biar orang nak cakap buruk kat ifa tapi abah tahu ifa camna. Ifa anak abah. Ok sayang !! " erm...miss my family so much..

Then, kul 6 lebih ifa selamat tiba kat LCCT.. Muka pucat sangat. Rasa nak pengsan. Kepala sakit dan berat sangat2.. Akak sulung pun tegur "eh ! skitka pucatnya muka.." Bf akak pun terus pegang kepala. "napa nie" tak sangka care sangat2 dorang kat ifa..

Thennn... (cerita selanjutnya next entri ok)

NOTE : KADANG KADANG KITA PERLU KUAT DAN BERDIKARI UNTUK MENGHARUNGI CABARAN HIDUO SENDIRIAN.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday

Esok Hari Raya !!

Hye ! hye ! my sweetie blog.. Tahun nie ifa raya kat rumah akak di Kg Brumas. Dan sekarang nie pun ifa sedang berada di tempat tersebut. Haha. Skemanya ayat tuuu. Walaupun 2 hari je lagi ifa dengan famili tapi ifa takkan sia-siakan masa yang terluang. Hehe. Bila diingatkan sedih juga bila sorang2 nanti. First time tuuu.. Akak tak balik lagi sebab urusan akak belum selesai. Apa2 pun ifa akan doakan semoga semua masalah dan urusan yang melibatkan famili ifa berjalan lancar. Aminn.. May Allah bless my family..

Ok dah ! tak nak sedih2.. Memandangkan line kat tempat akak nie agak malu-malu kucing. Ifa terpaksa update by fon je. Asalkan terupdate kan. Daripada senyap je.. Dipendekkan cerita dah dua hari ifa kat cnie. Banyak aktiviti yg ifa lakukan. Semestinya dengan famili. Main badminton, mandi sungai, swimming.. Even cuaca tak baik pun reda je. Bukan apa..ifa cuma nak isi masa terakhir bersama famili nie. Cececeh.. macam nak pergi selama2nya pulak.. Nauzubillah..

Berbalik kepada isi entri aktiviti kat tempat akak. Ifa ada take gambar tapi susah nak masukkan. Line nie tak berapa memahami. Lagipun update by fon kan. Susah ckit.. Erm..mungkin ifa akan update untuk next entry plak ye. Dan lagi satu makanan akak masak tiap hari memang banyak sangat. Memang gemuk lah nampaknya..haha. Akak sendiri yang cakap dia nampak ifa kurus dan suruh ifa makan banyak2 supaya nampak chubby ckit.. Wahhh.. !! Nak kurus !! nak kurus !! Takpelah.. kat cnie mungkin ifa melantakk nanti kat sana takde sapa lagi yang nak masakkan. Kena masak sendiri. *lap airmata* hehe.

Next ! next ! next ! Semakin dekat ifa nak balik nie semakin ifa ingat peristiwa hitam tu. Tapi umi selalu cakap semua tu takdir dan kita perlu kuat menghadapnya. "Ifa kan kuat " Chaiyok2 !! But, hope so ifa dan keluarga serta umat islam dibawah perlindungannya..

Ok. Lastly, ifa nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga hari hari kita semua lebih bermakna sebelum nie. Boleh ke ? boleh ba kalau kau..haha. Ok papaiii my online diary !!

NOTE : SAAT BERDERAI JATUH TITISAN AIRMATA SUCI IBRAHIM,MELIHATKAN KETEGUHAN IMAN ANAKNYA ISMAIL, DIKALA ITULAH BERMULANYA SEJARAH AGUNG ERTI SEBUAH PENGORBANAN..SALAM AIDILADHA..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday

'' SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER''.

Klik untuk join




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday

"Abah" Imam Terbaekkk Ku !!

Hai. Walaupun peristiwa ini sudah 3 hari berlalu. Tapi ifa tetap nak update kan ke blog ini. Sebagai tanda peringatan ifa terhadap peristiwa yang sangat..menyentuh hati ifa. Tak tahu lah bagi orang lain. Tapi bagi ifa dia sangat bermakna dan membawa seribu erti kehidupan dalam hidup ifa seharian. Erm.. ifa tahu..ifa bukan orang yang baik dan berpendidikan agama yang kuat. Tidak banyak yang ifa tahu pasal agama. Mungkin, sudah banyak dugaan dan cabaran yang ifa hadapi sejak kebelakangan ini. Ifa hadapi dengan hati yang tabah dan kuat sebab ifa tahu.. Disisi ifa sentiasa adanya Tuhan yang memberi semangat dan kekuatan untuk menempuh hidup ini. Nak tahu kisah selanjutnya?? Jum terjah dialog di bawah.. 

Pada suatu pagi....Ifa nampak abah siap2 nak keluar jalan. Memang dah agak..

Ifa : Abah nak g mn?
Abah : Nak beli buku jap..Np?
Ifa : Takda apa lah..Bye abh..
Abah : Nak pesan apa2 ka?
Ifa : Erm..ble gak..Novel stu..hehe
Abah : Novel apa? Tajuk?
Ifa : Novel remaja..Apa2 jak yg penting novel.
Abah : Erm...d mn mo dibeli tu?
Ifa : Di Qou Ming ada..
Abah : Erm..yala..Mahal ka tu?
Ifa : Xgak..ada mahal ada murah..based on ketebalan novel tu..Lau abh xda duit takpa lah..Xpyhlah beli..hehe
Abah : Biasa beli harganya brapa?
Ifa : Biasa ifa beli rm30 ke bawah lah..xtentu gak..xpa la bah..xpyh la beli..byk gak uda nvel nie..
Abah : Tengoklah camna..

Abah pun jalan...beberapa jam kemudian abah pun balik..Ifa pun tak tahu malu melompat2 tagih novel kat abah..Sebab ifa nampak abah pegang satu buku nie.

Ifa : Tu..(ifa tunjuk bungkusan di tangan abah) Mintakk?? *tersengih2*
Abah : Nahh..hadiah dari abah..
Ifa : Aik !! blum besday dah dapat hadiah ka?? bestnya..
Abah : Hadiah dapat tak semestinya bila besday jak..
Ifa : Erm..ok bah..Tapi novel mn??
Abah : Itu jak abh mmpu beli..bukalah..semoga ifa suka ya..
Ifa : Alaaaa...ok..cam besar jak nie..buku masakan ya?
Abah : Hehe..bukalah..smoga bermanfaat..
Ifa : Ok deh !..Tq abh..


                           
Ifa pun nak bilik dan dengan rakusnya buka bungkusan itu. Dannnn....akhirnya airmata nie jatuh dengan sendirinya apabila ifa dapat tahu buku apa ka itu..Tahu tak kenapa? Terjah perenggan seterusnya..

Hadiah dari abah..Buku panduan solat..^^
Taraaaaa !!! Ifa dapat nie..Nie yg kat sebelah nie.. Hah !! Nie buku panduan solat..kandungan kat dalam buku nie memang semuanya menerangkan tentang solat. Solat fardhu dan sunat.. Dannn..abah seakan memahami yang ifa nie sangat perlukan buku tersebut. Kenapa ??Dada ifa belum penuh dengan isi agama. Pasal solat pun ifa kurang dalami hanya hal2 tertentu sahaja yang ifa tahu. Maafkan ifa..ifa cuma insan biasa yang berjuang untuk mencari keredhaanNya.Sebelum tu, bukan ifa tak nak full time guna tudung. Tapi ifa takut akhlak ifa tidak secantik tudung ifa. Ifa bukan malaikat yang sentiasa melakukan kebaikan.Tapi ifa akan berusaha untuk memperbaiki diri ifa sama ada lambat mahupun cepat.Pray for me guyss !! Nak tahu tak?? Abah tak pernah melarang atau memarahi serta menegur ifa dalam hal yang lainnya.. Tapi dalam kewajipan yang satu ini (solat) abah memang sangat titik beratkan. Abah selalu cakap, hidup berlandaskan islam amat diberkati Allah..Walaupun abah tahu ifa nie satu2nya anak abh yang agak "bebal" (wanted) sikit..Tapi abah tak pernah marah ifa setiap perkara yang ifa lakukan..Ermmm..abah seorang abh yang baik..
Simple person !!

Peneguran abah secara halus dan amat menyentuh perasaan ifa. Ifa bukan malaikat yang sentiasa melakukan perkara baik dan tidak melakukan perkara jahat. Ifa hanya insan biasa yang sentiasa melakukan dosa sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Oleh itu, ifa bersyukur sangat2 dapat memiliki buku ini. Pemberian abah yang satu ini sangat bermakna kerana abah sanggup gandakan duit abah untuk membeli buku yang berfaedah untuk ifa baca berbanding novel remaja yang takda manfaatnya.. Terima kasih abah..Luv u sangat2..Ifa nak semua orang yang baca entri ifa ini tahu ifa sayang sangat kat abah dan abah IMAM terbaekkk buat ifa..That's all !! Bye...Enjoy your life!! Chaiyok2!!
NOTE : Tegur dan bimbinglah seseorang itu secara halus dan lembut agar setiap teguran yang diberi menyentuh hatinya dan sangat berguna untuk kehidupannya.. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

HAPPY BIRTHDAY MY "Super Hero" !! ^^



Selamat malam semua. Rasanya ini post keduakan dalam blog nie. Buat masa ini ifa malas nak update apa2 dulu dalam blog nie. Sebab "html" blog ifa nie tak betul. Sebab tu ifa kena ambil masa sikit untuk betulkan blog ifa. Al - maklumlah blog baru kan. Ifa still newbie lagi. Tapi ifa selalu update entri untuk penuhkan "blog archive" ifa. So, buat masa ini ifa tak publickan readers tuk blog nie. Kalau dah stabil semua baru ifa publickan. Ok. Sekian. Topik malam nie bukan pasal blog ifa sebenarnya. Tapi... *next perenggan* 

Collage picture for besday icam..
Dipendekkan cerita 11 Oktober 2007 merupakan tarikh keramat untuk one of my super hero. Nak tengok orangnya?? kejap..masih awal. Kan tarikh hari nie 11 oct, so, bermakna hari nie tarikh lahir "beliau". Pada mulanya kami buat tak tahu je besday icam (super hero yang dimaksudkan). Dari pagi sampai ke petang kami buat2 tak tahu je dengan dia. Tapi muka icam dah masam. Saja dia buat muka. Dalam rumah nie semua masing2 jeling menjeling menggunakan bahasa isyarat nak buat suprise wat icam. Last2, ifa jugak yang kena keluar pegi beli cake c super hero nie. Hurmmmm... macik yang bongsu jugak yang kena.. hehe

SO, dipendekkan entri plak, tadi petang kami sengaja matikan lampu sebab nak wat suprise kat icam nie. Umi dia siap masakkan makanan sempena menyambut besday icamm..Tapi kami sekeluarga je yg sambut, takda makna nak jemput orang bagai. Lepas tu, dah rumah nie gelap gelita tetiba2 si macik pun (ifa) hidup kan lilin dan bawa cake sambil nyanyi lagu besday. Bunyinya macam nie.. 

"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to icam.."
"Happy birthday to you.."

Next song..

"Panjang umurnya..panjang umurnya.."
"Panjang umurnya serta mulia.."
"Serta mulia.."
"Serta mulia.."

Then, icam pun tiup lilin dan kunun2 nya pasang niat seperti filem2 kat dalam tv tu. Kununnya sebelum tiup lilin mesti pasang niat dalam hati. Lepas je pasang niat icam pun tiup lilin. Dan semua orang kat dalam rumah dapat pelukan "free" dari icam. Bukan senang nak dapat tau. Ada certain2 waktu je icam nak peluk orang. Hehe.

Collage of crazy face wif icam.. (Abaikan muka buruk tu ok)
So??tu jelah kisah icam untuk entri kali nie. Kalau ada ifa update lagi. Di sini ifa nak ucapkan "Happy birthday to icam. My super hero. Encem super hero. Macho, cute. comel n macam2 lagilah. Semoga success selalu. Di murahkan rezeki, Belajar rajin rajin. Keep your smile for me and your family. Tabah hadapi dugaan dan moga kehidupan dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.." Owh lupa, Tahun nie icam dah berumur 7 tahun. Hehe. Kejap lagi nak naik pentas sebab icam dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. Raptai tuk konvo dia akan datang nie ifa sempat pegi. Tapi real konvo ifa tak pegi sebab rabu depan nie ifa nak berangkat ke Kuala Lumpur untuk ?? melanjutkan pekerjaan di sana. Hehe




NOTE : Rabu depan bersamaan dengan 16 oktober 2013 ifa dah berangkat ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan ifa ke sana ok. May Allah bless me always.. Aminn..

Done !! Booking details ^.^





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday

Permulaan Berblogging..Kenapa perlu blogging??


Dulu ifah pernah jadi blogger. Tapi disebabkan oleh seseorang tu ifah STOP. Why?? Hehe.Hanya Tuhan saja yang tau. So, hobi ifah nak jadi blogger kembali semula. Memandangkan keadaan ifah yang terpaksa duduk kat rumah je ifah terfikir nak mula berblogging. Alahhh..untuk hilangkan rasa bosan. Kalau nak layan facebook ngan twitter je kadang2 bosan jugak kan. Erm... So, blog ifah nie bukan bertujuan nak popular atau hot. Sekadar mengisi masa lapang. Kalau yang ada sudi berkunjung tu diucapkan berbanyak2 terima kasih. Ifah sayang anda semua. Hehe.

Ok. Next cerita kandungan blog ifah nie semuanya tentang kehidupan ifah seharian yang ifa nak kongsi bersama si pembaca. Ifa tau. Jangan risau. Korang tak follow pun takpe. Boleh je baca aktiviti ifa hari2 kan. Hehe. Mungkin kalau ada info, berita atau benda lain yang ifa nak kongsi?? ifa akan update kat blog nie. Senang cerita blog nie blog bebas lah. Macam2 je ifa nak post. So, kalau2 lah korang terbaca entri ifa yang terjiwang ke, teremosi ke..Jangan marah ok. Hehe. Hah ! One thing, ayat ifa kat blog nie memang tak tentu hala. Kekadang sopan, kekadang serabai.. ikut mud ifa ok. Erm.. apa lagi ye??

Hah !!Sowi lah blog ifa nie under "maintenance" lagi. So, kalau mata anda tidak sedap memandangnya sila tutup mata ketika membaca. Eh ! boleh kah?? alahhh..tutup mata janganlah tutup semua. Jarakkan jari anda. Kalau tak macam mana nak bacakan. Bijak ! Bijak ! InsyaAllah, ifa akan usaha kan cantik dan kemaskan blog ini seperti blog ifa yang dulu. Hihi. Link blog dulu ifahshhily.blogspot.com. Tapi itu dah delete dah. Tak payah nak kelik bagai. Dah tak wujud blog tu. Huhu..

So, ini sajalah dulu untuk entri pertama ifa pada malam yang hening ini. Wei korang ! ifa update entri nie tengah malam tau. Mata dah nak tutup. Penat ifa taipkan. Korang tolonglah baca. Hehe. Gudnite olzz !! Assalamualaikum...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sharifah Azfarinah