Sharifah Azfarinah Sharifah Azfarinah: November 2013
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Selamat datang ke blog ifa.."

Wednesday

Tips Penjagaan Kulit Wajah (Korea / Jepun)

Hai to all my readers. Malam nie ifa tertarik dengan satu tips yang berkenaan dengan kecantikan. Ya,,ya,,ya,,semua orang tahu kan bahawa semua mahluk Tuhan cantik dan comel comel belaka. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak reti nak bersyukur kan. Nak tambah inilah nak kurangkan itulah. Yang gemuk nak jadi kurus dan yang kurus pulak nak jadi gemuk. Yang chubbyy?? maintain..macam ifakan..hahahahahaha. 

So, malam nie ifa nak kongsi sedikit information tentang penjagaan kulit muka dan wajah wajah korean and gadis-gadis jepun. Banyak wanita yang teringin sangat nak memiliki wajah seperti mereka kan. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun. Ada juga sampai sanggup buang duit buat pembedahan plastik semata nak terlihat cantik seperti korean girl...ermmm..dunia sekarang..So,lupakan dulu pasai benda nie. Jum kita cari tahu cara penjagaan kulit wajah untuk orang jepun dan korea. 

Semua orang tahu bahawa orang korea terkenal dengan pembedahan plastik dan manakala orang jepun pula terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Kann?? kebanyakkan produk kecantikan di zaman kini "made in japan". Berkesan atau tidak itu ifa tak tahu. Sebab ifa tak guna pape. Just bio oil je. Lagipun banyak pendapat mengatakan sesetengah produk yang dihasilkan oleh jepun sangat berkesan tetapi kena belanjakan wang yang banyak. Tapiiii..berdasarkan sumber yang ifa baca tanggapan kita terhadap surgery dan benda2 yang melibatkan teknologi nie untuk penjagaan muka adalah salah..Kalau nak tahu sebenarnya scroll ke bawah ok.,

cara orang korea dan jepun menjaga kulit
Sumber : Google
CARA PENJAGAAN KULIT MUKA (KOREAN / JEPUN )
  • Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
  • Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
  • Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
cara orang korea dan jepun menjaga kulit 2
Sumber : google
 
  • Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
  • Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
  • Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
  • Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Hah !! dah tahu kan..apa lagi..bolehlah korang cubakan. Kalau berkesan gtau ifa tau. Ifa pun nak cuba..hehe..Bye..selamat malam..dan selamat membaca..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday

The New Page For My "Personal Blog"


Ifa say hi to all my readers. How are you today?? So, sebenarnya ifa keja hari nie tapi memandangkan kesihatan tak membenarkan. So, ifa pun balik. Tapi sekarang dah ok dah. Maklumlah bila dah sampai rumah mesti sihat walafiat tapi bila kat tempat kerja mulalah tunjuk perangai kan. Haha.

Memandangkan hari nie ifa bosan sangat. So, tangan ifa nie pun memandai nak create one page untuk blog ifa nie. Create page tu bukan nak kejar "hot" tapi saje2. Ifa suka berkawan dan bagi ifa mungkin dengan bersosial ifa akan dapat ramai kawan even kawan yang sedia ada pun tak dapat dibendung lagi. Tapi kekadang ada oang cakap kalau buat semua nie sebab nak top dan nampak murah . Yeke?? tapi sorry lah ifa tak fikir macam tu. 

Kalau pun firasat orang cakap macam tu betul. So, macam mana pulak tentang PM, artis, ahli-ahli politik dan lain-lain lagi public figure yang menggunakan laman sosial seperti facebook, twitter, blogger dan lain-lain untuk berhubung dengan orang ramai?? adakah mereka-mereka ini juga dianggap sebagai murah?? mestilah tidakkan... Dah nampak laman sosial..means tempat orang nak bersosial lorr... tapi nasihat ifa jangan pulak salah gunakannya. Ifa pun sekarang nie sedang dalam mood bersosial. Kalau takde mood sekejap lagi ifa delete lah account ifa tu. Haha.

Ok. Berbalik kepada entri yang sebenar. Kepada semua readers ifa tolong jangan copy dan curi content dalam blog ifa nie ok. Terutama gambar-gambar tertentu. Kalau ifa dapat tahu siap korang. Hahhh..adalah ifa buat kat korang. Jangan salahkan ifa kalau polis datang rumah korang nanti. Haha. Amboiiiii..garangnya ifa nie..kan..kan..

Ok. Pada sesapa yang belum like page ifa jum like sekarang !! Hadiah menanti anda. Eh ! gurau je..takde makne nak hadiah bagai tu k. Bubbye... 

Klik sini to like





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday

'Segmen banjirkan folower by memey'


Follower : Takde follower ag (newbie)
Tag ?? : Sowilah..ifa tak tau nak tag sape..takde follower ag..sowi ye tuan empunya segmen..PEACE !!






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sharifah Azfarinah