Sharifah Azfarinah Sharifah Azfarinah: 2014
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Selamat datang ke blog ifa.."

Saturday

Tahniah !! Pahang muncul juara piala malaysia 2014



Tahniah !! Pahang Juara Piala Malaysia 2014..Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.




Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0

"Ini adalah kejayaan buat kali kedua berturut-turut skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia. Memang hebat! Tahniah saya ucapkan."


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

<3 Hidup tak semua indah <3

                                                                          

Dalam dunia ini sememangnya tak semua indah. Pahit getir kehidupan wajib dirasakan setiap manusia. Tipulah sape kate dia hepi je sepanjang mase dan detik dia bernafas. Zaman sekarang nie dalam sehari je boleh terjadi berjuta peristiwa. Sama ada peristiwa manis? Pahit? Dan macam2 lagi.. Tu semua ditempuh atas kesabaran dan ketabahan seseorang. Mungkin tidak semua manusia mempunyai masalah yang sama. Masalah berat dan masalah ringan tetap ada penyelesaiannya. Semua tu bergantung pada diri individu itu sendiri..yang penting doa,tawakal dan usaha.. 

Masalah ?? Jika difikirkan memang tiada habisnya..jika diabaikan tidak pula jumpa penyelesaiannya..apa harus kita lakukan? Tak semua benda kena difikirkan. Tak semua perkara harus diabaikan. Dan tak semua perkara dapat diselesaikan. Tetapi dengan adanya tawakal dan doa setiap masalah yang ada akan dapat diatasi atau dikurangkan. Jika Tuhan dihati kita..jika nama Tuhan sentiasa membasahi bibir kita.. Insyaalllah semuanya akan dapat diatasi dengan lancar dengan jalan yang diberikanNya..mengadukah kepada Dia sesungguhnya Dia Maha Mendengar..


Setiap detik dan jalan kehidupan seseorang sudah ditentukan olehNya.. Dia tidak akan beri dugaan diluar batas kemampuan umatNya.. Percaya atau tidak?? Itulah kenyataannya.. Sentiasa berfikiran positif dan hilangkan fikiran negatif.. Ibarat orang selalu cakap "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" abaikan mulut2 orang di sekeliling kita. Mereka tidak tahu siapa dan apa yang berlaku pada kehidupan kita..sedangkan mereka pun sedang dalam masalah..tidak perlu jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri dan perjalan hidup masing2..masa depan sedang menunggu kita.. 

Tidak ada seorang pun yang hanya menjalani detik2 indah dalam kehidupannya.. Setiap keindahan akan bermula dengan kepahitan.. Setiap kepahitan akan berakhir dengan keindahan.. Begitu juga dengan kesedihan, ia akan berakhir dengan kegembiraan dan kegembiraan akan berakhir dengan kesedihan.. Percaya tau tidak itulah yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita tetapi kita leka dan sering mengabaikan ia..sebab itu mudah putus asa menjadi teman kita..

Walau apa pun yang terjadi, tabahlah menghadapi semuanya. INGAT !! Setiap masalah pasti ada penyelesaian nya.. Always think positive..don't to be negative..insyaallah masalah dapat diatasi..detik indah dalam kehidupan haruslah sentiasa dirakam dan dikenangkan untuk mengukir senyuman di kala kita dalam kesedihan.. Manakala detik kepahitan sentiasa diingati untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman mengharungi perjalanan hidup kita..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kenangan Di APJ Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka


Hai !! Hujung minggu yang tak tau nak buat apa. So, takde benda nak share. Bila duk sorang2 teringat kembali kenangan di sana. Sana mana ? Nun jauh di sana APJ. APJ tu mende ?? APJ tu akademi pengangkutan jalan yang terletak di Tiang Dua kat Melaka. Sape orang Melaka tau la kat mane tempat tu. Bagi ak tempat tu menyimpan banyak kenangan manis dan pahit. Rindu kat jurulatih dan kawan2 seperjuangan. Buat c.gu2 Platun 6 miss all of you !! Dalam entri nie ak nak imbas ckit kenangan kat sane. Jum terjah !!

First experience lapor diri tengok wajah2 jurulatih memang dah cakap dalam hati "mampus aku !!". Garang gilerr kott. Siap tengok kat padang kawad memang dah terfikir " kat situlah tempat aku" . Bile ternampak kawasan sekeliling siap ade kebun pisang n hutan ak dah terfikir " laithan komando ke ape??" . Takut mula menyelinap seluruh. Tym lapor diri dah sejuk kaki tangan. Rase tak yakin nak teruskan latihan. Dah selesai check doc n lapor diri. Tuan kat ctu dah cakap tak boleh pegang fon. "Ah sudah !" Tak tau dunia luar 3 bulan?? Mampus ! Tapi, disebalik maksud kate dia tu xboleh bawa barang berharga. Means smartphone ke atau ape. Dah dengar ceramah dari ketua Jurulatih kat ctu. Kitorang dibenarkan jumpa famili 5 min je. Pas tu famili dah disuruh balik sebab kursus dah nak mula. Dari jauh memang airmata mengalir keluar tak henti2. 3 bulan tak nampak wajah2 famili. Expecially parents. Secara automatik je tangisan terhenti bila dapat herdikan dari jurulatih kat ctu. First day dah dapat herdikan. " X tau la nasib ak camne.." Selepas berkumpul kitorang diarahkan ke bilik masing2. Sebilik 2 orang. Kebetulan ak sebilik ngan orang Raub, Pahang. Yeah ! Name dia Nur Saliha. Ak panggil kak Leha je.. Ingat kan tak dapat nak kamcing, finally selama 3 bulan nie. Die lah housemate ak sehidup semati. hahahaha. Kunuk !! 

Bulan pertama memang rasa stress sangat. Perasaan sedih, marah dan macam2 lagi ade dalam hati. Tiap2 malam memang nangis teresak-esak telefon umi. Asyik kate "nak balik..nak balik..". Tapi umi selalu cakap "sabar..sabar..". 2 minggu pertama jujur ak katakan memang teruk sangat. Menangis dalam hati dengan hukuman dan training yang diberi oleh jurulatih. Perasaan sakit dan penat tu simpan dalam hati je. Badan ak nie rase cam dah terpisah2. Tapi bila jurulatih tanye "sape nak balik??" takdenye ak nak angkat tangan even rase tertekan. Bulan pertama kami kebanyakannya di latih dalam kawad. Objektif latihan nie untuk menambah ketahanan mental dan fizikal. Rase2 nye memang dah tercapai kot objektif nie. Salah ckit je memang berbaloii kitorang dapat hukuman. Tapii dah beberapa minggu dalam akademi tu ak dah mule fikir. Jangan nak manjekan diri sangat. Aku dah mule kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan. Mental ak nie cuba untuk pertahankan diri ak menempuh cabaran kat sane. Just think "positif" Bile kita fkir positif secara x langsung benda yang kita lakukan cam xde ape pun. Relax jeee... Bulan pertama nie merupakan sesi perkenalan pada ak ngan kengkawan n jurulatih2 kat sane. Maklumlah ak nie bukan jenis yang peramah pun. Banyak cakap pun dengan orang yg "sekepala" ngan ak. Hihi. Nak dapat kawan rapat pun takde nye. Sebab kitorang kat sane seperti satu keluarga yang besar. 

First outing ! Nginap kat rumah kebajikan. Terserlah kerentungan kat muke kitorang kan. Kitorang outing public fikir kitorang nie tentera. Haha. Lantaklah..Layannn..

Ya ! Masuk bulan kedua kitorang dah didedahkan dengan kelas dan undang2. Dah mule menuntut ilmu. Terutama mengenai bidang tugas kitorang. Ak memang zero kot dalam hal nie. Takde pengetahuan langsung dalam bidang nie. Tapiiiii.. secara jujur nye kitorang dalam kelas takde makne nak dengar sepenuhnya. Semua duk makan n tido. Yang beznye penceramah pun faham keadaan kitorang. Tapi bukan tak dapat langsung isi pencerahan. Dapat tu dapat.. Faham tu faham.. tapi tak sepenuhnya. Maklumlah kebanyakan kitorang nie freshie dan muda2 lagi. D kalangan kitorang ade umo 19 y/o. Budak2 lagi kottt..Bulan kedua nie ak dah mule rase serasi ngan kawan2 seplatun. ops ! lupa nak habaq. Ak platun 6. Suma kitorang ade 38 orang. Tapi, yang sorang tu ade masalah sakit dan dikehendaki pulang tuk lapor diri di tempat yang ditetapkan tapi dia kena datang kursus kembali kalau dah ok. Erm.. sedih jugak.. Sayang.. Dah sebulan lebih kat akademi tapi kena balik pulak. Yang sayangnya lagi kena ulang kursus 3 bulan nie balik nanti. Fuhh !! dah nasib.. Terima je lah.. Ok. Dipendekkan cerita. Dalam bulan kedua nie kitorang didedahkan banyak aktiviti. Pertandingan nasyid pun ade. Yang aktiviti lain tu dah lupe. Hehehe..Kat cnie ak dah jarang kol umi. Tak macam bulan pertama tiap2 malam kol. Mungkin kepenatan tu dah bergabung dari bulan pertama dan kalau dapat masuk bilik asyik nak fkir tido je.. Erm.. 

Platun 6 juara dalam pertandingan bola jaring antara platun di APJ

Pertandingan nasyid platun 6. Kitorang bawa lagu "menanti di barzakh" sebagai persembahan malam tu.

Second outing. Muke dah tak bape nak rentung..outing sebelum task tamat latihan 2 minggu terakhir.

Wajah2 kengkawan seplatun (Platun 6) Miss all of u !! Nginap kat hotel bajet..hihihi


Hari semakin hari akhirnya dah masuk bulan ketiga..akhirnyaaaa...ak berjaya menempuh 2 bulan itu dengan penuh kesabaran dan rintangan. Bulan ketiga nie aktiviti kitorang tak bape lasak. Sebab kami dah mula didedahkan dengan kelas. Full kelas sebulan mengenai bidang tugas kami. Seminggu kami telah dihantar ke beberapa negeri untuk practikal. Bahagian penguatkuasa la.. Kebetulan platun ak kena kat Melaka. Dekat je. 15 min dah sampai ke JPJ Melaka. Sebab kami dibahagi2 kan mengikut platun masing2. Tapi kat jpj Melaka kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mungkin supaya senang nak kawal dah agih2 kan unit dah tugas. Seminggu kat sane memang tak mencukupi bagi kami sebab tak dapat nak catch up suma tugas yang didedahkan. Yang beznye tym roadblock je. Hahaha. Suke saman orang. Hihi. Tapi.. berbaloii dan beruntung sangat platun kami dapat jpj Melaka. Sebabbb... First, makanan yg disediakan sedap belaka. Second, anggota jpj kat ctu bez dan sporting.. Third, tak kedekut ilmu.. Dipendekkan cerita 2 minggu terakhir setelah dah habis didedahkan dengan situasi kerja yang sebenar kitorang pun dah mula di latihan means latihan kawad lah untuk majlis penutupan nanti. Selama 3 hari kat ctu ramai yang mengeluh termasuk ak sendiri. Tapi, dah lame2.. kitorang pun dah seragam dan dah boleh catch up ape yg patut dilakukan. Takde rase teruk dah.. cuaca pun tym tu memahami perasaan kitorang. Nak kate panas tak jugak. Nak kata mendung tak jugak. Sederhana..Ditambah pula pada waktu malam kitorang latihan TTS ( Seni Pertahankan Diri, Tempur Tanpa Senjata) Tu pada mula2 shaja.. Bile jurulatih dah tengok kitorang penat dorang pindahkan latihan tersebut pada waktu pagi. Waktu PT (Fizikal Training) ditukarkan untuk latihan TTS. Takde makne suma tu. Kitorang suma bersemangat di saat2 akhir nie. Macam2 vitamin dah telan masuk ke dalam badan. Sebab jurulatih dah bagi warning tym second outing kena beli vitamin dan ubat yang sepatutnya untuk membantu tenaga dan keupayaan kitorang..dengan semangat dan dorongan mental yang kuat akhirnya kitorang berjaya menempuh 2 minggu terakhir task "tamat latihan". Nak tahu cerita selanjutnya ??? terjah bawa nie.. 

Anggota Wanita Platun 6. Rehearsal tym..

Dari tinggi sampai lah yg pendek. Hihi. Dari kakak sampai lah yang adik tetap menjadi kenangan. Persaudaraan di sana tidak akan dilupakan sampai bila2 walaupun berpisah di tempat bertugas masing2..

Dan.. Dan.. Dan... entri seterusnya..untuk majlis penutupan kitorang nanti. Ok. Dah penat menaip nie..Hehe. Bye my bloggie !!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday

"segmen geng blogwalkers"




nak join klik banner !!

"inda ku mengarti kurapak Brunei " means saya tidak pandai/faham cakap brunei. Hehe. Betul ka tu??







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Insiden Jambatan Runtuh Di Mekah


Sumber : google

Salam semua.. di saat mata masih ingin dibelai mimpi. Dapat satu berita from "grup wassup" berkenaan dengan jambatan runtuh di Mekah. Kalau bab2 Mekah nie ak pantang dengar mesti nak sibuk. Yela..Bandar suci kan..apa2 yang berlaku kat sana tu bole dijadikan satu petanda. Betul x ?? ape ak merepekkk nie..Dengan rasa tidak puas hati ak pun belek2 lah berita kat laman sosial. Rupa2nya....ceritanya begini...
Kejadian nie berlaku selepas solat subuh ketika para jemaah sibuk ingin melihat pintu kaabah di buka. Hal nie menyebabkan keadaan menjadi sesak.. dan apabila kawasan tersebut sempit maka para jemaah pun jatuh ke bawah kawasan pembinaan dan bukannya jambatan mataf yang runtuh. Jambatan sebenarnya bukan jambatan tawaf tapi jambatan yang dibuat oleh kontraktor untuk pembinaan.

Kejadian sebenar tidak berlaku seperti yang disebarkan di laman sosial di luar sana. Cuma...insiden sebenarnya di mana seorang jemaah  umrah telah memanjat melalui kawasan yang bukan laluan masuk. Jambatan tersebut hanya dikhaskan bagi mereka yang menggunakan wheelchair sahaja. Jemaah tersebut berbuat demikian disebabkan terlalu ingin melihat keadaan di atas kaabah ( sekumpulan pekerja sedang membersihkan kawasan tersebut ). Jemaah tersebut tergelincir lalu jatuh di atas beberapa jemaah yang sedang berada di bawah dan menyebabkan beberapa orang jemaah tercedera. Dinyatakan jemaah yang tergelincir itu diberitakan telah meninggal dunia. Kejadian berlaku semasa waktu dhuha. Berkenaan jambatan runtuh yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali. Sekian, harap maklum.

Inilah masalah laman sosial sekarang bukan boleh sangat dipercayai. Ish2 !! so, pengajaran kat sini..kita sebagai pengguna dan pembaca laman sosial nie janganlah suka membuat andaian sendiri untuk menakut2kan pembaca. Jangan salah gunakan dengan menyebar berita yang bukan2. Kalau dapat satu kenyataan pun kena siasat betul2 tau. Jangan nak tuduh sembarangan. Apa2pun mari kita sama2 berdoa pada para jemaah umrah di sana agar sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNYA..Aminnn...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday

Suasana Sunyi di sini

Sunyi sepi di sini. Lengang xda org. Suasana ini berlaku hanya pada hari nie je. Pelik bin benar. Hihi. Tapi takpe. Boleh rileks ckit. Besa gelabah semacam je kat kaunter. Hihi


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday

Selamat Hari Guru


Happy Saturday !! Di hujung minggu nie mesti ramai paranormal, eh ! para remaja yg outing ngan kawan2. Tengok wayang, lepak kedai kopi, sembang teh tarik. Mak aii ! Macam2 la.. erm...kalau diikutkan hati nie memang nak sangat macam tu. Tapi semenjak dah menjejak kaki ke alam pekerjaan nie. Asyik ingat nak tido je. Tak gitu korang ?? Penat kan cari duit.. ciannn..Barulah ak tau erti sebenar parents kita yang susah payah cari duit. D zaman kini nie, duit raja dunia. Apa2 hal je kena memerlukan duit. Even nak cari duit pun kene ada duit jugak baru boleh cari duit. Faham tak ?? hehe. Tapi kan perasan tak ak dah lari topik nie. Tajuk ngan isi dah ke laut nie. Laut hindi. Teringat pulak dah kat MH370. Hanya Allah yang tahu nasib dan kejadian tu. Berdoa je lah.. Aminn..

Selamat Hari Guru ! Tu topik sebenarnyerr..Even ak terlambat sehari untuk ucapkan Selamat Hari Guru tidak bermakna ak lupa akan jasa2 mereka. So, di masa ak free skg nie ingin sekali ak meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati nie. Cececehhh.. hehehe. Terlebih sudah ! Maka bermula la satu cerita...

Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang telah mendidik dan mengajar saya hingga saya berjaya sekarang nie. Bukanlah nak dikatakan berjaya sangat. Tapi dengan ilmu yang diberikan oleh kamu semualah yang saya bawa ke alam pekerjaan ini. Ditambah pulak dengan rezeki yang Tuhan bagi. Alhamdulillahhh.. Bagi guru saya yang berada di "sana". Saya sentiasa doakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang2 yang beriman. Aminnn... Soh, dah alang2 korang terbaca entri nie. Marilah kita sedekahkan al fatihah kepada mereka di "sana"..Terima kasih..Sambung lagi, kalau nak dikira jasa dan pengorbanan guru2 semua memang tak dapatlah. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua jasa baik guru2.. Kenangan manis dan pahit memang tak dapat diungkapkan dengan kata2. Wajah2 guru yang sentiasa dirindui dan disayangi pun tidak akan dilupakan. Di akhir kata, semoga semua guru2 dan bakal2 guru di seluruh MALAYSIA sentiasa tabah dan tak pernah jemu mencurah ilmu dan  mendidik kita semua agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan dan dapat berbakti pada negara kita. Amin.. InsyaAllah..So, sekali lagi saya ucapkan SELAMAT HARI GURU !!!

Maka..berakhirlah sudah ucapan YDP belog ini. Hihi. So, tu je untuk hari nie. Harap korang semua happy di hujung minggu ini... !! 





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday

Welcome Back To Blog !!


Yeah !! Setelah mencuba nasib 7 kali (slh password) akhirnya belog ini terbuka dengan sendirinya. Hahh ! Magic ! Ching ! Ching ! 

Cak ! Cak ! Old Picture 
Tup ! Tup ! dipendekkan cerita malam nie maka terupdate lah belog nie setelah hampir 4 bulan tak terupdate2. Rindu, sebak dan macam2 ada pada belog nie. hihi. Dah lah belog lama kena hack. Cedih..cedih..Nie mesti kes x puas hati.. huhu. Xpa. Xpa. Maka malam nie punya cerita hanya cerita kosong sahaja. Auta semata-mata. eh ! Kejap ! Actually ak nak cerita pasal kenangan dan apa yang berlaku selama 3 bulan di sana. Pelbagai kenangan dan peristiwa yang berlaku. Tak sabar nak update and share. 

Al maklumlah now nie pun ak tengah busy. Penat pun belum hilang lagi. Banyak lagi benda nak urus. Itulah ! Inilah ! erm...macam2.. Apa2 pun ak nak membelai malam sebentar lagi. Kalau ak rajin maka terwujudlah entri seterusnya. Kalau MALAS faham2 ja lah..huhu

*simple pos*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sharifah Azfarinah