Sharifah Azfarinah Sharifah Azfarinah: November 2014
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.Selamat datang ke blog ifa.."

Saturday

Tahniah !! Pahang muncul juara piala malaysia 2014



Tahniah !! Pahang Juara Piala Malaysia 2014..Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.




Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0

"Ini adalah kejayaan buat kali kedua berturut-turut skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia. Memang hebat! Tahniah saya ucapkan."


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

<3 Hidup tak semua indah <3

                                                                          

Dalam dunia ini sememangnya tak semua indah. Pahit getir kehidupan wajib dirasakan setiap manusia. Tipulah sape kate dia hepi je sepanjang mase dan detik dia bernafas. Zaman sekarang nie dalam sehari je boleh terjadi berjuta peristiwa. Sama ada peristiwa manis? Pahit? Dan macam2 lagi.. Tu semua ditempuh atas kesabaran dan ketabahan seseorang. Mungkin tidak semua manusia mempunyai masalah yang sama. Masalah berat dan masalah ringan tetap ada penyelesaiannya. Semua tu bergantung pada diri individu itu sendiri..yang penting doa,tawakal dan usaha.. 

Masalah ?? Jika difikirkan memang tiada habisnya..jika diabaikan tidak pula jumpa penyelesaiannya..apa harus kita lakukan? Tak semua benda kena difikirkan. Tak semua perkara harus diabaikan. Dan tak semua perkara dapat diselesaikan. Tetapi dengan adanya tawakal dan doa setiap masalah yang ada akan dapat diatasi atau dikurangkan. Jika Tuhan dihati kita..jika nama Tuhan sentiasa membasahi bibir kita.. Insyaalllah semuanya akan dapat diatasi dengan lancar dengan jalan yang diberikanNya..mengadukah kepada Dia sesungguhnya Dia Maha Mendengar..


Setiap detik dan jalan kehidupan seseorang sudah ditentukan olehNya.. Dia tidak akan beri dugaan diluar batas kemampuan umatNya.. Percaya atau tidak?? Itulah kenyataannya.. Sentiasa berfikiran positif dan hilangkan fikiran negatif.. Ibarat orang selalu cakap "masuk telinga kiri keluar telinga kanan" abaikan mulut2 orang di sekeliling kita. Mereka tidak tahu siapa dan apa yang berlaku pada kehidupan kita..sedangkan mereka pun sedang dalam masalah..tidak perlu jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri dan perjalan hidup masing2..masa depan sedang menunggu kita.. 

Tidak ada seorang pun yang hanya menjalani detik2 indah dalam kehidupannya.. Setiap keindahan akan bermula dengan kepahitan.. Setiap kepahitan akan berakhir dengan keindahan.. Begitu juga dengan kesedihan, ia akan berakhir dengan kegembiraan dan kegembiraan akan berakhir dengan kesedihan.. Percaya tau tidak itulah yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita tetapi kita leka dan sering mengabaikan ia..sebab itu mudah putus asa menjadi teman kita..

Walau apa pun yang terjadi, tabahlah menghadapi semuanya. INGAT !! Setiap masalah pasti ada penyelesaian nya.. Always think positive..don't to be negative..insyaallah masalah dapat diatasi..detik indah dalam kehidupan haruslah sentiasa dirakam dan dikenangkan untuk mengukir senyuman di kala kita dalam kesedihan.. Manakala detik kepahitan sentiasa diingati untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman mengharungi perjalanan hidup kita..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Sharifah Azfarinah